Wednesday, October 22, 2014

Blogger Lavender Mummy Penipu

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca di fanpage Penmerah kisah Ustaz Kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy. Terkejut juga baca beritaLavender Mummy menggunakan nama Ustaz Kazim untuk kumpul duit lagi sebab aku sangka beliau masih di Brazil tak balik-balik selepas menonton Piala Dunia 2014 setelah kecewa Brazil tak jadi juara. Bukan main lagi gambar dia berselfie dengan Neymar tapi sayang instagram dah diprivatekan jadi tak bolehlah nak tengok.gambar lavender mummy tipu ustaz kazimDari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.
Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “Penipuan Cheeze Maz“.pelaburan penipuan Cheeze MazDaripada beberapa sumber tidak rasmi apabila duit yang ditipu sudah habis Cheeze Maz menyelinap masuk sekali lagi dalam komuniti Denaihati dengan nama yang baru Lavender Mummy dengan projek baru iaitu peluang advetorial dan pengurus email. Kali ini nasib beliau tidak semudah kali pertama apabila ramai yang sudah mencium bau busuk dari ketiak beliau. Ramai yang telah dapat membongkar siapa sebenarnya disebalik Lavender Mummy antaranya entri “tipu helah Lavender Mummy“. Khabarnya semua advetorial dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog-blog lain … macam ini pun ada dalam dunia ini.
projek solat lavender mummyApalah status projek solat suci ini
Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza MazIsabella AzryMahligai GadingIssabella CuteLavender Adzry Jr. sering menampilkan gambar aksi yang mengiurkan sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa-mangsa terutama jejaka ensem Melayu terakhir kecuali Abang Ensem. Tapi langit tidak selalu terang walaupun sebelum ini sudah terlepas dengan berbagai penipuan siber mungkin menggunakan nama Ustaz Kazim untuk pelayaran Star Cruise bersama peminat akan menjadi noktah terakhir kepada ratu penipuan internet. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga kerana ALLAH Maha Kuasa tidak terlawan oleh manusia walau selicik mana sekali pun.
Semuga tiada lagi penipu yang menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati yang semakin besar ini kerana matlamat kita adalah untuk memberi manafaat sesama kita bukan membuat kemungkaran.
 Sumber: Denaihati

0 Comments:

Post a Comment