Monday, August 18, 2014

Tiga dipercayai tertimbus dalam kemalangan di tapak pembinaan MRT


Twitter : MRT MALAYSIA

Tiga dipercayai tertimbus dalam kemalangan di tapak pembinaan MRT
Mass Rapid Transit Corporation

Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya, sebuah jambatan yang dalam pembinaan dikatakan telah tertanggal dari tiangnya dan telah terjatuh.

MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja terperangkap di bawahnya.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamata telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.

Sementara itu, ketika dihubungi oleh Astro AWANI jurucakap MRT Leaone Shen-li, mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas mendapat pengesahan.




BERITA LANJUT MENYUSUL


Sumber : Awani

0 Comments:

Post a Comment