Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Setelah menunggu sekian lama akhirnya Denaihati telah membuat cabaran baru iaitu 
Cabaran iPhone 5s kali terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati.
3 buah iPhone5s 16gb dan wang tunai menanti pemenang bertuah. Umum sudah tahu ura-ura yang menyatakan Apple akan melancarkan iPhone 6 tidak lama lagi (September 2014). Sebagai pengguna iPhone, walaupun Apple akan mengeluarkan iPhone baharu iPhone yang lama masih sama hebat kerana hanya iPhone akan menggunakan iOS yang sama (iOS 7 setakat ni) dan cuma penambahan baharu dari segi size dan penambahan lain 
Sebagai contoh iPhone5 dan iPhone5S tiada perbezaan sangat, iPhone5s hanya ada thumb print (touch id) utk unlock dan slowmo video. Yang lain tiada perbezaan sangat.




Jadi saya membuat keputusan untuk sertai cabaran ini walaupun sudah memiliki iPhone5s, manatahu ada rezeki untuk dapat lagi satu. Selama lapan bulan saya menggunakan iPhone5s saya rasa produk Apple lebih canggih berbanding produk Samsung (handphone lama) dari segi apps, camera dan penggunaaan beteri. Walaupun apps utk produk Apple kebanyakannya berbayar tetapi apps yang rata-rata ramai menggunakannya boleh didapati secara percuma. Jika ada terdengar jailbreak bila anda menggunakan iPhone elakkan dari membuatnya, sbb warranty anda akan void sebab nak kejar apps free). Selain dari itu, penggunaan bateri yang tahan lebih lama (penggunaan iPhone tanpa WIFI/Data 1-2 hari boleh tahan, penggunaan iPhone dengan WIFI 1 hari boleh tahan dan penggunaan iPhone dengan Data setengah hari boleh tahan), ni adalah berdasarkan penggunaan dan pemerhatian saya. Walaubagaimana pun, kekurangan iPhone ni ialah, lagu atau video tidak mudah utk di download, bluetooth sesama produk Apple sahaja, tidak boleh videocall ke Android (hanya boleh FaceTime sesama produk Apple) dan lagu tidak boleh share di whatsapp. Okay sekarang saya kan senaraikan 10 sebab kenapa saya membeli iPhone5s secara Cash melalui Celcom untuk kontrak 12 bulan.

10 Sebab saya memilih(membeli) iPhone5s.
  1. Reka bentuk yang menarik, oleh itu saya membuat keputusan untuk membeli iPhone5S Gold. Sebulan pelancaran iPhone5S di Malaysia susah nak dapat stock utk Gold, jadi terpaksa ambil kontrak dgn Celcom. Pengguna iPhone5S Gold akan rasa unik sbb Gold (saya rasa lah).
  2. Penggunaan bateri yang boleh tahan lama. (pembandingan dengan Samsung S Plus).
  3. Ada sokongan 4G, bila handphone makin canggih kelajuan internet akan mudah dicapai.
  4. Touch id utk unlock iPhone atau download apps, unik lagi kan.
  5. Boleh buat video Slow-mo tanpa menggunakan apps tambahan, iPhone5 biasa tak boleh buat video Slow-mo.
  6. Camera lebih canggih.
  7. Harga tak mudah jatuh seperti Samsung (ada terbaca iPhone5s dijual pada harga secondhand dalam RM2099 sedangkan harga baru ialah RM2399 hanya jatuh RM300 dan demand utk iPhone5s masih ada walaupun second hand). Mungkin harga secondhand mahal lagi sbb siapa yang pakai iPhone ni mesti jaga betul-betul.
  8. Value for money; apps, laju, canggih dan perfect.
  9. Free virus.
  10. iOS yang canggih, sekarang ni guna iOS 7 mungkin akan update ke iOS 8 selepas Apple bagitahu (lebih canggih kot).

Jadi secara kesimpulannya, pakai iPhone5s memang best. Siapa yang takde tu boleh beli atau pun buat entri utk menang cabaran hadiah iPhone5s.




Cabaran ini telah di taja oleh 


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.



1 comment:

  1. keputusan cabaran pertama dah keluar. congrates!!

    ReplyDelete