Monday, July 14, 2014

Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik

Cabaran Duit Raya 2014

Seperti biasa Denaihati ada buat Contest sempena Hari Raya Aidil Fitri macam tahun sebelumnya. Hadiah untuk Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014 pun semestinya menarik. Pada tahun ni Denaihati telah memberi peluang kepada pembaca Denaihati sendiri untuk mendapat hadiah-hadiah yang menarik tajaan Asamboi.my 

  • Cabaran Penulis Komen Mingguan Terbanyak

Untuk cabaran ini, penulis komen terbanyak akan menerima RM100 bagi setiap 7 penulis komen terbanyak mingguan (Senarai 7 pemenang akan di ambil pada jam 10 am pada 18/7/2014, 25/7/2014, 1/8/2014 dan 8/8/2014). Dengan syarat komen yang ditulis hendaklah melebihi 7 patah perkataan dan komen tersebut juga ada kaitan dengan entri. 
Contoh ranking penulis komen yang akan sentiasa berubah setiap hari
  • Bonus Duit Raya Aidilfitri 2014

Cabaran ini pula memberi peluang pembaca hadiah RM500 dengan syarat blog itu (anda) dapat memberi trafik sebanyak jumlah 10k dan lebih pada 11/7/2014 - 11.59 pm, 8/8/2014
  • Menulis review entri Denaihati terbaik

Setiap review terbaik dan mengikut syarat akan mendapat bonus duit raya sebanyak RM100.

Jadi saya memilih cabaran ketiga iaitu Menulis Review Entri Denaihati Terbaik untuk review Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj. Satu perkongsian yang menarik dan bermanafaat utk semua lapisan masyarakat. Sirah yang patut diketahui. 

gambar kaabah di masjidil haram mekah
Kaabah ketika ditukar kelambunya.

Sebagai mana yang kita ketahui Israk Mikraj ini bermula Nabi Muhammad mengalami kesedihan yang teramat sehingga tahun itu dipanggil tahun dukacita buat Baginda.
Apabila bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia serta Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Masjid Al Aqsa 
Masjid Al Aqsa lambang perjuangan Islam


Lalu Allah mengubat kedukaan Baginda dengan menjemput Nabi Muhammad ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. 

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan, Bukit Thursina dan Bethelehem. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Untuk penambahan ilmu dalam entri Denaihati tersebut. Apa kita telah pelajari dan memperingatkan bahawa seruan untuk Solat 5 Waktu bermula dari Israk Mikraj Nabi Muhammad. Allah telah memfardhukan solat 50 Waktu kepada Bagindan dan sekalian umatnya. Diringkaskan cerita setelah menemui Nabi Musa, Nabi Musa menyarankan agar Baginda merayu kepada Allah supaya Solat 50 Waktu itu dikurangkan. Lalu selepas 9 kali merayu kepada Allah (setiap rayuan diminta kurang 5 Waktu). Akhirnya Allah menerima rayuan Baginda dan memfardhukan solat 5 Waktu sehari semalam.


Betapa cintanya Nabi Muhmmad yg sanggup merayu kepada Allah utk mengurangkan 50 Solat kepada 5 Waktu, tapi kita masih sanggup atau leka utk mengerjakan Solat yang sedikit itu. Betapa cinta dan kasihnya Baginda kepada kita. 

Untuk Aplikasi Denaihati boleh baca entri review aplikasi tersebut di Review Aplikasi Android Denaihati

0 Comments:

Post a Comment