Saturday, April 05, 2014

Peluang Gen Y Untuk Melabur Dalam ASB2

Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan dana RM10 billion.Dana ini merupakan sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang menyasarkan penyertaan daripada golongan muda.
Ia sekali gus sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa ekonomi masyakat bumiputera dan disasarkan kepada golongan bumiputera terutamanya golongan menengah dan juga Gen Y yang berumur antara 19 sehingga 34 tahun selain kumpulan pemegang-pemegang unit asb yang mencapai had pelaburan maksimum 200 ribu unit. - Awani
Tapi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berpendapat ASB hanya akan dinikmati Bumiputera daripada kalangan elit dan bukannya kumpulan besar Bumiputera Melayu daripada golongan orang kebanyakan. 
Hanya 40% kumpulan Bumiputera kebanyakan berpendapatan di paras RM1,686 walaupun pelan affirmatif Bumiputera dilaksanakan selama 40 tahun - Zairil Khir Johari
Bagi mengalakkan Gen Y membeli ASB 2, sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit bermula hari ini sehingga 31 Disember 2014t.


0 Comments:

Post a Comment