Monday, December 16, 2013

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru

Sekalung tahniah kepada Denaihati kerana Berjaya dalam #‎Blogrrr Awards kategori Best Personal Blog. Harap dapat menang banyak Award lagi di masa hadapan. Membaca blog Denaihati kini lebih mudah dengan  aplikasi android Denaihati yang boleh di download (muat turun) di http://bit.ly/DHandroid.

Apa Kelebihan Aplikasi Android Denaihati ni:
  1. Pantas dan cepat
  2. Boleh membaca tweet dari akaun Twitter (Retweet)
  3. Boleh membaca post dari kesemua akaun Facebook (Share)
  4. Membaca kesemua post Denaihati dengan scroll kebawah (dari atas ke bawah)
  5. Kesemua post tersusun mengikut tarikh post dan ia membuatkan lebih teratur dan mesra pengguna.
Secara tak langsung dengan aplikasi ni pengguna yang mempunyai Twitter dan Facebook dapat Retweet atau Share dan menaikkan trafik jika Denaihati berkongsi link Blog Denaihati sendiri atau Entri Blog lain. Menjadi Viral (pengguna yang banyak dan semakin bertambah). Setiap kelebihan ada kekurangannya, dan ianya boleh di jadikan satu pemanngkin untuk menajadik aplikasi ni bersih dari BUG.

Kekurangan
  1. Pembaca tidak boleh memberi komen kerana ruangan komen tidak disediakan.
  2. Paparan post yang tidak FIX. Gambar terlalu besar dan menyukarkan pengguna.
  3. Tiada post mengikut segment.


Cadangan
  1. Wujudkan ruangan komen di setiap entri seperti melayari Blog Denaihati melalui website ia dapat memudahkan pengguna.
  2. Mungkin Denaihati perlu FIX kan paparan untuk smartphone masing-masing.
  3.  Wujudkan bahagian segment seperti Blog sebenar untuk memudahkan pengguna atau pembaca memilih entri pilihan mereka.


Ini hanya lah cadangan dari saya dan pandangan dari saya sebagai pengguna. Harap Denaihati dapat menerimanya dan berkongsi dengan Blogger yang lain untuk membina Aplikasi seperti ini untuk Blog mereka.

Sebagai menghargai pembaca tegar blog Denaihati, 30 hadiah disediakan sebagai bonus hujung tahun 2013 untuk rakan blogger yang tak henti-henti menyokong perjuangan blog Denaihati sehingga mencapai ke tahap ini.

Harap Denaihati semakin sukses dan mengekalkan segala apa yang ada sekarang. Banyak ilmu dapat disampaikan dari Blog Denaihati terutamanya Ilmu Allah. BerBlogging sambil berdakwah. Such a nice job.



Antara screen shot Aplikasi Denaihati

0 Comments:

Post a Comment