Sunday, December 08, 2013

Miskin harta tapi kaya hasil bumi


Saya memilih post Instagram yang ini. Artikel akhbar yang menarik, antara harta dan nilai estitika. Miskin harta tapi kaya hasil bumi. Mengikut apa yg di anggarkan oleh akhbar tersebut tanah tersebut bernilai RM15 Juta. Begitu banyak tawaran untuk membeli tanah tersebut tapi di tolak 5 Saudara tersebut. 

Saya besetuju dengan apa keputusan  mereka dengan menolak tawaran RM15 Juta, bagi memelihara harta pusaka mereka untuk cucu mereka akan datang. Mereka bukanlah mencari keuntungan yang sekejap tapi keuntungan yang lama (preserved to the next generation). Hartanah di Kuala Lumpur tersangat berharga dan sayang untuk di lepaskan begitu sahaja.

Pros and Cons (Jual)
PROS
  1. Dapat RM15 Juta dengan muda
  2. Boleh di gunakan untuk pelaburan akan datang (labur dalam ASB, REIT, Bursa Malaysia) ILMU DIPERLUKAN
  3. Beli rumah di tempat lain yang berpotensi untuk di jadikan pelaburan dengan menyewa kepada orang. ILMU DIPERLUKAN
CONS
  1. Hartanah pemilikan Melayu berkurangan di Kuala Lumpur.
  2. Anak cucu tiada kawasan kampung untuk di rasai.
  3. Mungkin bakal kehilangan RM 15 Juta kalau tiada ilmu dalam menguruskan wang tersebut.

Pros and Cons (Tidak Jual)

PROS
  1. Jadikan hartanah tersebut sebagai peluang pelaburan dengan menjadikan home stay dalam bandar. Ianya mampu mendapat pulangan yang banyak. ILMU DIPERLUKAN
  2. Anak cucu ada kawasan kampung untuk di rasai.
  3. Dari keuntungan pelaburan home stay tersebut cuba maximize kan lagi profit.
CONS
  1. Tak dapat RM15 Juta.
Jadi betul lah apa yang Denaihati post di Instagram dengan caption. TIADA ILMU untuk mengurus semua ni.

Kenapa jadi jutawan fakir ... Satu je jawaban aku kenapa boleh bagi iaitu tak cukup ilmu property. Siapa yg kena bro ni tolong2 kongsikan ilmu pada dia.

Mungkin pihak berwajar perlu memainkan peranan untuk membantu mereka bagaimana untuk maximize profit dari hartanah tersebut.Benar juga apa yang di kata oleh Denaihati. Mereke kurang ilmu dalam mengurus hartanah tersebut. Denaihati ada membalas komen dengan mengatakan

kalau dia ada ilmu dengan nilai harta yg bernilai macam tu macam2 strategi boleh dibuat kalau pun tak nak terima offer tapi kalau dia terima pun apa salah dgn duit macam tu boleh dilipat kali ganda jadi berganda2. 

Dan dapat untuk pulangan yang banyak 10-20 tahun lagi.

5 saudara tersebut boleh melaburkan hartanah tersebut atau menjadikan tanah tersebut sebagai asset pelaburan mereka. Dan menjada wang dari pulangan tersebut. Jadi saya rasa 5 Saudara tersebut perlu juga mencari ilmu untuk mengurus dan berusaha untuk mempertahankan khazanah berharga mereka. Cari lah ilmu dunia dan akhirat sekali. 

Semua boleh memenangi 20 hadiah misteri disediakan kepada 20 entri blog pertama dari Denaihati. Caranya mudah pilih satu gambar paling menarik di http://instagram.com/denaihati buatkan cerita 300 perkataan dengan backlinks kepada blog Denaihati. 20 yg pertama mengikut syarat akan dapat hadiah akhir tahun.




0 Comments:

Post a Comment