Friday, December 27, 2013

Kembara Palestine dan Sejarah Anbiya

Assalamualaikum 

Kita sering kali keliru kedudukan Masjid Al Aqsa sebenar. Adakah Kubah Emas itu Masjidil Aqsa atau Kubah HIjau itu Masjidil Aqsa. Kembara Palestine Denaihati merungkai segalanya yang di kongsi di Instagram beliau.

(#KembaraPalestine Instagram Denaihati)

Mari kita selami sejarah Masjidil Aqsa dari pembukaan, Israk Mikraj dan kedudukan sebenar. Saya yakin ramai yang tahu tentang peristiwa Israk Mikraj yg telah kita pelajari atau dengar di ceramah-ceramah. Kebanyakan nya semua sama sejarah di syariatkan solat. Tetapi saya tidak mempunyai pengetahun yang luas dalam sejarah pembukaaan. Maka saya akan quote dari blog yang lain.


27 Rejab 583 hijrah: Pembebasan Al-Quds oleh Salahuddin Al-Ayyubi

Pembebasan bumi Al-Quds ini tercapai setelah tentera Islam bejaya mengalahkan tentera Salib Kristian dalam peperangan Hittin di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Jumlah tentera Islam ialah 12,000 orang sementara tentera salib 50,000 orang dipimpin oleh Guy of Lusignan dan Raymond III of Tripoli. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12,000 orang sementara pihak tentera salib 60,000 orang.

dan

20 Ogos 636 Masihi : Peperangan Yarmouk

Tentera Islam dipimpin oleh Khalid Ibn Walid (r.a), manakala tentera Rom pula dipimpin oleh Theodore the Sacellarius dan Baanes. Seramai 70,000 orang tentera Rom telah keluar berperang berbanding tentera muslimin yang hanya 41,000 orang sahaja. Namun begitu, dengan izin Allah Ta'ala, tentera muslimin telah dapat mengalahkan tentera Rom yang terkenal dengan kelengkapan perangnya dan ini merupakan kemenangan yang cukup bermakna bagi seluruh umat Islam.

Kekalahan tentera Rom di dalam peperangan Yarmouk menjadikan jalan ke Baitul Maqdis terbuka luas. Lalu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah (r.a) meminta supaya Khalifah Umar bin Al-Khattab (r.a) datang ke bandar Al-Quds kerana penduduk bandar Al-Quds tidak mahu menyerah kecuali selepas kehadiran Khalifah umat Islam untuk menerima penyerahan kunci bandar tersebut. Lantas Khalifah Umar bin Al-Khattab (r.a) pergi ke Baitul Maqdis pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi serta memberi jaminan keamanan kepada penduduk di sana serta berjanji untuk menjamin keselamatan jiwa, harta dan tempat-tempat ibadat mereka serta tidak membenarkan orang-orang Yahudi untuk tinggal bersama mereka di bandar Al-Quds. Khalifah Umar bin Al-Khattab (r.a) telah memberi kebebasan beragama kepada penduduk bandar Al-Quds dengan cara membayar Jizyah. Beliau juga menolak permintaan salah seorang paderi untuk mendirikan solat di dalam gereja Kristian supaya masyarakat tidak terikut-ikut untuk melakukan tindakan yang sama. Kemudian beliau pergi ke kawasan Masjid Al-Aqsa lalu menyapu kotoran yang terdapat pada batu As-Sakhrah, dan seterusnya beliau membina sebuah masjid di sudut sebelah selatan tempat tersebut. Masjid tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969.
2. ISRAK MIKRAJ


Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya. - IbuBerbicara

Rata-rata semua tahu apa itu peristiwa Israk Mikraj. Dengan peristiwa tersebut kita di syariatkan untuk bersolat 5 waktu sehari. Sebelum itu, kita semua di syariatkan 50 waktu tetapi Muhammad merayu kepada Allah supaya di kurangkan menjadi 5 waktu. Muhammad kasih kpd hambanya kerana takut kita tidak mampu mengerjakannya. Tetapi sayang sekarang ni dgn 5 waktu sehari masih ada yg tidak melakukannya. Sayang sungguh Nabi Muhammad kepada kita.


Selain itu, Abu Bakar di gelar As-Siddiq kerana membenarkan apa yg di ceritakan perjalanan Baginda ke Masjidil Aqsa yg ragui  oleh musyrikan.

3. KEDUDUKAN YANG SEBENAR

Berdasarkan pembacaan saya kubah hijau adalah Masjidil Aqsa yang sebenar. Masjid yang menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum bertukar ke Masjidil Haram. Kini Masjid tersebut di bawah pemilikan Israel, dan Israel cuba menegelirukan kita bahawa Kubah Emas itu Masjidil Aqsa sebenar.


Ini semua agenda Israel untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yg sebenar.

0 Comments:

Post a Comment