Wednesday, November 20, 2013

Tips Rumah Tangga

*gambar hiasan

Semua mendambakan rumah tangga yang sempurna dan bahagia hingga ke akhir hayat. Dan ada yang juga risau dan enggan berkahwin di sebabkan berita dan kadar penceraian yang di keluarkan berita. Mungkin kita boleh belajar dari cara RASULULLAH  S.A.W dalam hidup bekeluarga. 

Jika kamu ingin istrimu menjadi seperti Khadîjah, maka jadilah kamu seperti Muhammad untuknya

Berdasarkan ungkapan di atas, kita sebagai suami perlu lah mencotohi akhlak RASULULLAH dalam hidup bekerluarga.


1. Penyayang

Tentang sifatnya di rumah, ‘Aisyah berkata: “Beliau tidak pernah memukul siapa pun, baik isteri-isterinya mahupun pembantunya ”. Ketika diajukan pertanyaan apa saja yang dilakukannya di rumah,

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku sekarang, si Suami bebas untuk memukul Isteri. Di mana kasih dan saying si Suami kepada Isterinya yang berjanji untuk menjaga dan member nafkah zahir dan batin. Si Suami pada zaman moden sekarang perlu sikap Penyayang kepada Isteri. 

2. Bertolak-ansur ( Membantu Isteri Baginda)

Rasulullah Saw. tidak pernah terlambat membantu para isterinya. 

‘Aisyah pernah ditanya tentang apa yang dilakukan Nabi Saw. di rumahnya? Ia menjawab, “Beliau selalu melayani (membantu) istrinya.”

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku di zaman moden sekarang, si Suami melepaskan tugas kepada Isteri. Pasangan ini perlu hidup bertolang ansur dan saling melengkapi (balance in family). Sebagai contoh, tugas memasak dan mengemas di rumah di amanahkan kepada Isteri dan tugas mendidik dan membimbing ahli keluarga di amanahkan kepada si Suami. Saling melengkapi satu sama lain. 

Dan yang paling penting, PERCAYA KEPADA PASANGAN perlu ada dalam diri si Suami dan Isteri. Jangan mudah cemburu dan terbuka (be open) dan jangan serkap jarang sebab cemburu buta kita.

3. Tidur  dalam satu selimut bersama isteri (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”.

4. Mandi bersama Isteri (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah) 

Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." 

5. Membelai isteri  (Hadis Riwayat Ahmad) 
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ 


Mungkin tips yang di kongsikan dapat memberi impak dalam hidp sebagai Suami Isteri. Pembaca lain boleh baca entri Denaihati dalam Suami Isteri bukan untuk dimiliki, sebuah entri yang menari dan sarat dengan mesej.

Dan pembaca boleh juga berpeluang mendapatkan RM100 dari Denaihati sempena  hari istimewa 20/11 dengan menyertai cabaran yang ada dalam Suami Isteri bukan untuk dimiliki 


0 Comments:

Post a Comment