Tuesday, July 23, 2013

PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. 



Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.




Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.


Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.


"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.




"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.


"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.


Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?


Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.




"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.


Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.




Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.


Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.


Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.













0 Comments:

Post a Comment