Sunday, July 07, 2013

Melayu Boleh

Melayu Boleh satu usaha untuk mengetengahkan kehebatan Melayu tu sendiri. Melayu Boleh dalam bidang Ekonomi, Politik dan bidang lain. Sebagai contoh dalam bidang Ekonomi Melayu Boleh untuk tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia antaranya Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia. Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Melalui alBukhary Foundation, beliau menerajui 3 buah syarikat utama iaitu MMC, Tradewinds, DRB-HICOM dan beberapa syarikat yang lain. Nasihat Beliau kepada Melayu Boleh "Jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka, dan kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi. Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja, realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina. Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO" - Pakdi

images

Tan Sri Azman Hashim (AmBank), Datuk Mokhzani Mahathir (SapuraKencana Petroleum Berhad), Datuk Shahril Shamsudin & Datuk Shahriman Shamsudin (Sapura Group), Datuk Kamarudin Meranun (AirAsia) dan Tokoh-Tokoh Korporat yang lain layak di labelkan sebagai Melayu Boleh .


Dalam dunia Politik pula Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atau di kenali sebagai Bapa Pemodenan yang membawa Malaysia kepada ke peringkat antarabanga dengan Visi menjadikan Malaysia maju pada tahun 2020 dan Melayu Boleh yang pertama yang mengusahakan Klinik. Tunku Abdul Rahman juga Melayu Boleh yang berjaya berusaha Merdekakan Malaysia dari British.



Ariffshah boleh juga di labelkan Melayu Boleh sebab pada usia yang muda yang sudah mempunya aset pertama (Rumah) dan mempunyai visi dan misi nya tersendiri dan cuba berkongsi ilmu dalam mempunyai cash flow yang bagus untuk Personal Finance. Tidak lupa juga AbangEnsem yang berkongsi ilmu dalam pemilikan Hartanah di Malaysia yang boleh di manfaatkan oleh yang lain untuk menjadi Melayu Boleh.

Saksikan video Melayu Boleh di YOUTUBE

1 comment:

  1. orang terkaya di malaysia hebat hebat sayah suka cara berfikirnye yang cerdas

    ReplyDelete