Friday, June 07, 2013

Empat dipercayai mati dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Jun — Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam.

Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.

Menurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.

Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.


Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.

Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.

Terdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.

"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.

Seksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.

"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.

Ia masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

JKSB juga akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian itu esok.


Sumber :  MalaysianInsider

0 Comments:

Post a Comment