Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: RM9b untuk syarikat bumiputera daripada projek MRT

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Sejumlah RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek My Rapid Transit (MRT) akan diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata peruntukan ini merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pembabitan syarikat Bumiputera dalam pelaksanaan jajaran pertama projek MRT.

“Penglibatan syarikat Bumiputera dalam projek berimpak tinggi seperti MRT akan meningkatkan keupayaan dan kemahiran syarikat Bumiputera tempatan," kata Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen, hari ini. - BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment