Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Pegawai, anggota ATM terima insentif khas

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2013 hari ini berkata bayaran insentif khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM301 juta.

Beliau berkata bagi menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera, elaun bertugas anggota biasa dan pegawai turut dinaikkan kepada RM6 dan RM7.80 sejam daripada hanya RM4 dan RM5.80 sejam sebelum ini.

"Penyelarasan elaun ini melibatkan 65,000 anggota simpanan tentera membabitkan Askar Wataniah, dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara serta pasukan Rela, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) dan anggota sukarelawan polis (PVR)," katanya di sini. - BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment