Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Empat kawasan jelapang padi baru ditambah

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan menambah empat lagi jelapang padi yang baru bagi meningkatkan pengeluaran padi di negara ini.

Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2013 berkata, jelapang padi baru itu berjumlah melibatkan 19,000 hektar di Kota Belud dan Batang Lupar di Sarawak serta di Rompin dan Pekan, Pahang.

Menurut beliau, jelapang baru itu dijangka akan menghasilkan 104 ribu metrik tan padi dan melibatkan penyertaan 12,237 pesawah. - UTUSAN

0 Comments:

Post a Comment