Thursday, June 21, 2012

8 Fakta Menarik Tentang PTPTN

Adakah anda sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin.


Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :


Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Menara Gading.


Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman PTPTN? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan anda adalah PERCUMA!


Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.



Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.


Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.


Baca Selanjutnya di 8 Fakta Menarik Tentang PTPTN

0 Comments:

Post a Comment