Wednesday, March 28, 2012

Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)




BENDA YANG PERLU DIISI yang melayakkan pelepasan cukai.

D1 : INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Pelepasan diri berjumlah RM9,000 untuk diri sendiri dan saudara tanggungan diberi secara automatik. Perenggan 46(1)(a)

D2 : PERBELANJAAN RAWATAN PERUBATAN, KEPERLUAN KHAS DAN PENJAGA IBU BAPA

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM5,000. Perenggan 46(1)(c).
Perbelanjaan perubatan yang layak termasuk:
(i) rawatan perubatan dan penjagaan yang diperuntukkan oleh rumah penjagaan; dan
(ii) rawatan pergigian dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi, membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik.
• Tuntutan mestilah disokong oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia yang mengesahkan bahawa keadaan kesihatan ibu bapa memerlukan rawatan perubatan atau keperluan khas atau penjaga.
• Ibu bapa mestilah bermastautin di Malaysia.
• Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjaga disediakan dalam Malaysia. Dalam kes penjaga, mestilah dibuktikan dengan perakuan bertulis, resit atau salinan permit kerja penjaga. “Penjaga” adalah tidak termasuk individu, suami / isteri atau anak individu berkenaan.

D5 : YURAN PENDIDIKAN (SENDIRI)

Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM5,000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus pembelajaran di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi maksud meningkatkan kemahiran atau kelayakan:
(i) sehingga ke peringkat tertiari (selain Sarjana dan Doktor Falsafah) – dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; atau
(ii) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian Perenggan 46(1)(f)

D8 : PEMBELIAN BUKU/MAJALAH/ JURNAL/PENERBITAN

Perbelanjaan pembelian mana-mana buku, majalah, jurnal atau penerbitan (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau bahan bacaan yang terlarang) untuk individu, suami / isteri atau anak dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM1,000. Perenggan 46(1)(i)

D9 : PEMBELIAN KOMPUTER PERIBADI UNTUK INDIVIDU

Potongan cukai terhad kepada RM3,000 diberi kepada individu atas perbelanjaan yang dilakukan ke atas pembelian komputer peribadi. Tiada potongan dibenarkan jika komputer peribadi dibeli untuk digunakan bagi maksud perniagaan. Potongan ini diberikan sekali dalam setiap 3 tahun. Perenggan 46(1)(j)

D10 : TABUNGAN BERSIH DALAM SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)

Simpanan ke dalam tabung SSPN untuk membiayai pelajaran anak-anak diberi potongan kepada individu terhad kepada RM3,000 setahun. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih yang dilakukan di dalam sesuatu tahun sahaja.
Contoh: Dalam tahun 2011, Baki Bawa Hadapan: RM4,500.
Simpanan: RM2,000. Pengeluaran: RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 –RM1,500).
Baki Bawa Hadapan sebanyak RM4,500 tidak diambil kira. Perenggan 46(1)(k)

D11 : PEMBELIAN PERALATAN SUKAN UNTUK AKTIVITI SUKAN

Potongan cukai terhad kepada RM300 diberi atas pembelian peralatan sukan yang dilakukan oleh individu untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Peralatan sukan termasuk alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi tidak termasuk pakaian sukan, contoh: pakaian renang dan kasut sukan. Perenggan 46(1)(l)

D12 : YURAN LANGGANAN PERKHIDMATAN INTERNET JALUR LEBAR

Potongan cukai terhad kepada RM500 setahun diberi kepada individu bagi bayaran langganan jalur lebar yang didaftar atas nama individu. Potongan dibenarkan untuk Tahun Taksiran 2010, 2011 dan 2012. Perenggan 46(1)(m)



Perkhidamatan dari Celcom, Maxis, Digi, uMobile, P1

D19 INSURANS PENDIDIKAN DAN PERUBATAN (Tidak Melebihi Rm3000)

E6: Bayaran zakat atau fitrah (Tidak Melebihi Rm1500)

Ini adalah jenis pelepasan cukai yang layak dan boleh mengurangkan kadar cukai yang di kenakan. Ramai tidak tahu dengan pembelian buku/majalah/jurnal dapat pelepasan sehingga Rm1000. Purata setahun mesti ada beli buku kan. Sekurang-kurangnya Rm200. Langganan Broadband or Jalur Lebar pun melayakkan semua dapat pelepasan cukai sehingga Rm500, kalau seseorang tu bayar sebulan RM48 setahun dah Rm576, jadi memang layak Rm500. Bagi yang ada simpan SSPN untuk anak (penerima manfaat) dan anda (pendeposit) boleh check pelepasan cukai untuk SSPN. Insurans pun anda layak untuk pelepasa cukai. Paling minima anda ambil dengan Etiqa ialah Rm150 setahun dah Rm1800. Dapat pelapasan cukai dan pembayaran bila dah matang Insurans tu. Banyak lagi, jadi boleh baca sendiri.

3 comments:

  1. Sblh2nya maksimumkan pelepasan yg dierikan oleh LHDN...so blhlah kita dpt refund dr LHDN....tahun nie LHDN dh byr sya refund RM2k utk taksiran 2011...

    ReplyDelete
  2. wohohoho...bagitu...tankiyu tankiyu...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kalau betul2 dibuat kiraan, memang banyak yg dapat dilepaskan dan yg paling elok, pindahkan ke lembaga zakat, insyaAllah lagi berkat dan refund nanti akan lebih banyak.

    ReplyDelete