Wednesday, March 07, 2012

Perkara Sunat, Makhruh dan Haram dalam Persetubuhan menurut Islam



A.     Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1.   Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
2.   Mandi dan memakai wangi-wangian.

"Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan".  (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4.   Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5.   Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6.   Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi  anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).  Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
7.  Sunat bersetubuh dalam  satu selimut dan di atas satu hamparan elakan  daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.
8.   Sunat membaca bismillah dan doa sebelum  dan sesudah bersetubuh.
9.  Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat  dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud  “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

B.     Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1.  Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
2.   Makruh jima' di bawah matahari atau bulan mengambang.
3.   Makruh jima' selepas solat zohor hingga ke petang.
4.   Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya  boleh mewarisi      buta.
5.  Makruh jima' jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.
Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara' yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.

Ada juga ulama' berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

C.     Perkara yang haram dalam persetubuhan

1.  Haram jima' ketika  isteri haid, nifas dan wiladah.  Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran", oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci,  apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)

Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:  "Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid."  'Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).  (Riwayat Bukhari)
2. Haram jima' melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.  "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya."  (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.)
3.  Haram jima' membawa ayat-ayat Al-Quran  nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4.  Haram jima' dalam masjid / surau.
5.  Haram jima' sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6.  Haram jima' sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7.  Haram jima' di tempat terbuka (tempat awam).

Tambahan

Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur. 

Dari Jabir b. Abdulah berkata,  bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata,  Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai". (Surah Al Baqarah - ayat 223)

Bersetubuh @ berjima' dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya.   Rasulullah s.a.w. bersabda:  ".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".

Para sahabat bertanya:  Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab: "Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa?  Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala."  (Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima' , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu."  (Hadits Riwayat Baihaqi)

والله أعلم


SUMBER

0 Comments:

Post a Comment