Saturday, February 11, 2012

Main Saham versi Abang Ensem dan Ariffshah

Salam saham ini bukan bermaksud amanah saham tapi saham ini refer kepada "trading" di Bursa Malaysia. Dalam dua hari ni asyik baca pasal Saham di entri abang hartanah yang ensem dan graduan dari Moscow. Sorang dapat kutip 30% dan 40% lagi sorang banyak kan. Kalau nak bandingkan dengan dividen public mutual , bank rakyat, ASB dan lain-lain memang tak boleh lawan hasil dari trading dekat Bursa Malaysia. Tapi bila belajar ekonomi islam, kita tak di galakkan untuk jual stock yang kita beli sebelum mendapat written paper yang kata kita beli, sebab ada unsur Riba? Mungkin orang yang arif dengan Agama boleh memperjelaskan.


Kena tahu stock mana yang okay dan tahu bila masa untuk jual dan beli, yang paling penting remisier kita ni boleh pakai atau tak? Tapi kalau tak faham pasal main saham akan jadi seperti saya, ada ja CDS akaun dan telah membeli IPO TAGlobal 2 tahun lepas. Kalau dulu beli seunit dengan harga RM0.50 sekarang turun menjadi RM0.315. Mungkin saya kurang pengetahuan bagaimana nak trade dalam Bursa Malaysia and might learn someday.




macam ni lah interface trading online dari AffinTrade

Ini nasihat remisier saya, pilihlah stock yang okay dan kukuh. Contoh finance (Maybank,Cimb, Public Bank dan lain-lain). Kalau baca buku Personal Money pilih lah REITs (Real Estate Investment Trust), menjanjikan pulangan dalam 15-18 % setahun. Mungkin Abang Ensem dan Ariffshah boleh ajar bagaimana nak trade dalam Bursa Malaysia. Ilmu tak cukup sepenuhnya dengan membaca Personal Money dan membaca dari blog atau website, tapi ilmu itu hampir cukup dengan tunjuk ajar.

3 comments:

  1. Dari apa yang saya tahu, ianya akan jatuh haram sekiranya kita bermain contra (T+3) tetapi tidak haram jika kita buy & hold iaitu selepas tempoh T+3 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya penjualan di bawah tempoh 3 hari. Kan ada kes seperti ni

      Delete
    2. saya mencari SIFU untuk guide dan ajar saya mengenai pelaburan emas.

      Delete