Thursday, February 09, 2012

Azmin Hilmi yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel bekas teman wanitanya, Elizabeth Wong di tahan di Indonesia

PUTRAJAYA 9 Feb — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya belum menerima laporan rasmi mengenai penahanan Azmin Hilmi di Batam Indonesia yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel bekas teman wanitanya, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

"Kita belum terima laporan rasmi. Tapi kita telah mendapat kerjasama Interpol sejak awal lagi dan dalam kes ini seperti biasa siasatan akan dijalankan.

"Jadi bila saya dapat laporan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Datuk Seri Mohd Bakri Zinin) mengenai kes ini, saya harap kita boleh umumkan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA

1 comment: