Tuesday, January 17, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Sara 1Malaysia demi rakyat
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) menjanjikan pulangan kompetetif kepada orang ramai melalui pelaburan sebanyak RM5,000.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah pembiayaan ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
“Skim ini dikhususkan kepada golongan miskin, orang asli, berpendapatan rendah dengan pendapatan kasar setiap isi rumah tidak melebihi RM3,000.

“Dengan hanya membayar RM84, pelabur akan mendapat dividen bulanan RM134 setiap bulan,” katanya selepas Pelancaran Sara 1Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, skim berinovatif ini membolehkan individu yang layak membuat pinjaman berjumlah RM5,000 daripada mana-mana cawangan institusi kewangan yang terlibat iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Beliau berkata, pinjaman bank berjumlah RM500 juta itu akan dilaburkan dalam unit amanah Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M) yang diuruskan PNB.

“Selain daripada pinjaman bank, kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta sebagai subsidi bagi program ini.

“Insentif bulanan diberi dalam bentuk unit Amanah Saham (AS 1M) dan dikreditkan secara automatik dalam akaun pelabur,” katanya.

Hamad berkata, pulangan keseluruhan selepas lima tahun mencecah RM5,000 hingga RM13,000 bergantung kepada pengeluaran pulangan bulanan yang dilakukan pelabur.

Katanya, skim itu diperkenalkan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan menggalakkan penabungan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan rendah.Skim itu dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Comments:

Post a Comment