Wednesday, January 18, 2012

Gandakan RM1 bersama Denaihati


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minggu lepas dapat SMS daripada seorang kenalan Ustaz dari Panti Asuhan Redho Ilahi, Padangsidimpuan, Medan, Indonesia. Ustaz memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM40k untuk membeli tanah kebun yang hasilnya akan digunaka untuk menguruskan Panti Asuhan tersebut. Alhamdulillah setelah menghubungi beberapa teman, ramai yang sangat bermurah hati ingin mengulurkan bantuan untuk saham akhirat. Kalau ada lebihan insyallah boleh juga digunakan dana untuk menyiapkan masjid yang sedang dibina.


Tapak Masjid Panti Asuhan Redho Ilahi
Blog Denaihati dengan kerjasama Penderma ingin memberi peluang kepada semua pembaca untuk sama-sama memberi sumbangan ikhlas tetapi dengan kaedah yang berbeza. Bermula daripada saat entri ini dikeluarkan setiap satu follower baru untuk Fanpage FB, Twitter dan Google + @Denaihati akan digandakan RM1 yang akan diinfaqkan untuk Dana Tanah Kebun Panti Asuhan Redho Ilahi. Semakin ramai follower baru yang follow @Denaihati semakin banyaklah infaq yang akan dikumpulkan untuk Dana Tanah Kebun Panti Asuhan Redho Ilahi. Kepada Rakan Blogger harap dapat bantu mempromosi program ini semuga kita dapat mengumpul sebanyak dana yang boleh untuk saham akhirat.

Jumlah Follower Denaihati Terkini

Fanpage FB : 15,122
Twitter : 15,859
Google + : 110
Kepada Rakan Blogger yang ingin infaq wang tunai seikhlas hati sila bank in ke akaun Maybank 562834616817 atas nama Denaihati Resources. Setiap klik dan ringgit yang anda infaqkan pasti mendapat balasan berlipat kali ganda daripada ALLAH SWT insyallah. Jangan lupa DM setelah bank in duit tu untuk rekod.

Jumlah Dana Tanah Kebun Panti Asuhan Redho Ilahi dari Rakan Denaihati : Tunai RM16,375 Klik : RM125

0 Comments:

Post a Comment