Tuesday, January 31, 2012

Gambir ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin

Apa itu Gambir?


Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir, biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China. Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya berwarna kuning dengan kandungan utama herba tersebut adalah tannin yang mempunyai astrigen. Sejak berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit. Malah dalam salah sebuah laman web, masyarakat Cina purba dinyatakan mempercayai tumbuhan tersebut bagi digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.
Gambir ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin?
Gambir Sarawak tidak dimakan tetapi ramai kaum Adam yakin ia mempunyai kehebatan kerana ia didakwa mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin.
  • Lazimnya batang gambir dikerat bagi mendapatkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.
  • Dr. Mohd. Ismail Thamby berkata:

 penggunaan gambir Sarawak secara berlebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah. “Kemaluan akan melecet serta berasa pijar yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria,” katanya yang dihubungi Jurnal. Lebih teruk, lama kelamaan, penggunaan bahan tersebut akan mengalami kerosakan saraf terutama di kawasan sensitif. Jelas Ismail lagi, kehilangan rasa nikmat ketika melakukan hubungan kelamin juga boleh terjadi sekiranya tumbuhan tersebut kerap digunakan.Katatanya, gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan seperti sakit gigi. Cuma penduduk Semenanjung sahaja, katanya, yang taksub dengan dakwaan bahawa gambir Sarawak boleh memanjangkan tempoh ereksi.

  • Dr. Paul Chai ( ahli botani dan ekologi tempatan ) berkata :

hanya gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat di ranjang kerana kawasan lain di Semenanjung didapati hanya menggunakannya untuk tujuan perubatan. Menurut Paul, masyarakat Melayu di Sarawak sering menggunakan gambir untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia. Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau. Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

0 Comments:

Post a Comment