Monday, January 09, 2012

Amaran bagi guru, pelajar sertai 'Bebaskan Anwar'

Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi hari ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram Kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini.

Dr Puad ZarkashiSambil mengingatkan pelajar dan pendidik supaya jangan terlibat dengan perhimpunan itu, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan bertindak terhadap mereka.

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini memandangkan pihak polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan itu.

Oleh itu, saya nasihatkan semua pelajar dan juga guru, jangan sekali-kali terlibat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di Seremban hari ini.

NONEBeliau merujuk kepada perhimpunan haram itu yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusannya mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Mohd Puad berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya akur dengan apa saja keputusan mahkamah.

"Pada saya tindakan itu adalah tidak wajar dan menunjukkan bahawa usaha mengadakan perkhimpuan itu lebih daripada usaha yang bersifat mementingkan diri dan tidak menghormati undang-undang," katanya.

- Bernama

0 Comments:

Post a Comment