Monday, December 19, 2011

Syarat Permohonan Baucar Buku RM200


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucar buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Syarat Permohonan Baucar Buku RM200

Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS) Matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam diseluruh negara. Termasuk di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Kolej Matrikulasi.

Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) dibawah Program Ijazah Sarhana Muda Perguruan (PISMP) TIDAK LAYAK menerima baucar kerana telah menerima elaun buku bernilai RM600. Begitu juga dengan Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) TIDAK LAYAK kerana pelajar KPLI adalah dibawah pelatih praperkhidmatan.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.

Tempoh pelaksanaan hanya pada tahun 2012 (sekali sahaja), manakala tempoh sah baucer hanya selama 2 bulan sahaja. Jika berlaku lebihan pelajar dikehendaki memulangkan baki baucar buku tersebut

0 Comments:

Post a Comment