Saturday, November 12, 2011

Pingat Emas Malaysia ~ Sea Game




  • Malaysia mendapat pingat emas yang pertama melalui Nor Suriani Taibi dalam kategori 50m rifle 3 posisi acara menembak Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di sini sebentar tadi.Acara tersebut turut menghasilkan gangsa kedua bagi negara yang disumbangkan oleh Nur Ayuni Farhana Abd. Halim
  • Pelontar tukul besi negara, Tan Song Hwa, 25 raih pingat emas kedua negara dalam acara melontar tukul besi
  • Malaysia memperolehi emas ketiga Sukan SEA XXVI Indonesia menerusi atlet jalan kaki, Lo Choon Sieng dalam acara lumba jalan kaki 20 kilometer lelaki, sebelah pagi tadi. Choon Sieng mengungguli acara itu dengan catatan masa 1 jam 32 minit 34 saat, mengatasi atlet tuan rumah, Hendro (1:33.23) dan Nguyen Thanh Ngung dari Vietnam (1:35.48), masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Seorang lagi atlet negara, Teoh Boon Lim menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan 1:37.05.
  • Dua lagi pingat emas berjaya dituai Malaysia pada hari ketiga Sukan SEA xxvI, menjadikan jumlah emas yang dikutip kontinjen kita setakat ini kepada lima emas. Selepas Lo Choon Sieng memberikan keceriaan menerusi acara lumba jalan kaki 20km pada sebelah pagi tadi, tiba giliran atlet karatedo, Shaharudin Jamaludin dan gandingan atlet terjun Wendy Ng Yan Yee-Leong Mun Yee mengikut jejak langkah itu. Shaharudin menebus kehampaan kakaknya, Jamalliah semalam, dengan membolot emas pertama menerusi acara Kumited Individu Lelaki Bawah 75 kg manakala Yan Yee-Mun Yee menepati ramalan menjuarai acara 3m papan anjal berirama.
  • Atlet karate-do, Loganesha Rao menghadiahkan emas keenam buat Malaysia dalam acara kumite bawah 55 kilogram lelaki, sebentar tadi.
    Emas dari Loganesha merupakan pingat emas kedua dalam acara karate-do selepas Shaharudin Jamaluddin memenangi pingat emas pada pagi tadi dalam acara kumite bawah 75 kilogram


0 Comments:

Post a Comment