Sunday, November 20, 2011

Live Streaming ~ Festival Filem Malaysia (FFM) 24







FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 24 dalam siri FFM. Festival ini bertujuan meraikan kejayaan karyawan industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair yang kini menampakkan kegemilangan industri perfileman tanah air.

Filem-filem terbitan tempatan telah berjaya melakarkan garis tertinggi kutipan panggung dan memecah tembok boxoffice kutipan filem Adnan Sempit yang berjaya mengutip RM 7.66 juta. Filem Nyangkong telah berjaya mengutip RM 8.18 juta dan disusuli dengan filem Kurafat yang telah berjaya mengutip sebanyak RM 8.07 juta (masih ditayangkan lagi). Hantu Kak Limah Balik Rumah pula menyusul di tangga ke 3 dengan kutipan sebanyak RM 7.9 Juta. Jelas bahawa ketiga-tiga filem ini berjaya megatasi angka kutipan fenomena Adnan Sempit.

Fenomena yang melanda industri perfileman negara ini boleh menjadi satu lonjakan untuk penerbit-penerbit terus menghasilkan filem tempatan yang bermutu dan mampu merangsang satu kreativiti dan penjanaan ekonomi warga filem tempatan.
Kemunculan kemera berkualiti HD yang lebik kompek dan murah juga telah merangsang penerbit-penerbit indi untuk menghasilkan filem yang lebih murah tetapi setanding dari segi kualiti penerbitan.

Jumlah panggung juga telah membawa kepada limpahan penonton yang menjanjikan masa depan yang lebih gemilang untuk industri perfileman tanahair. Jumlah penonton bertambah dari 44.13 juta pada tahun 2009 ke 48.22 juta pada tahun 2010. Jumlah panggung juga bertambah dari 93 buah kepada 99 buah panggung dengan penambahan skrin dari 485 ke 566 skrin di seluruh Malaysia.

Filem-filem Malaysia dapat menonjolkan diri lebih ke hadapan di arena pasaran tempatan dan antarabangsa lalu bersaing dengan filem import. Filem animasi Upin dan Ipin telah menempa sejarah tersendiri dan telah membuka mata masyarakat dunia akan kemampuan filem kita bersaing di peringkat global.

Bukan itu sahaja, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh filem-filem Malaysia di peringkat festival antarabangsa. Walaupun dengan beberapa kontroversi yang dihangatkan oleh media, hakikatnya ialah filem Malaysia sedang mengorak langkah melangkau ke persada lebih besar.

Sesungguhnya seni perfileman kini semakin mendapat tempat di hati karyawan dan juga peminat filem tanah air. Lebih menggalakkan lagi, seni perfileman kini menjadi satu pilihan utama kerjaya anak-anak muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.

Ini menunjukkan kejayaan usaha kerajaan menggalakkan pengeluaran filem cereka melalui bantuan modal, khidmat sokongan, kemudahan teknikal dan lain-lain. Ini juga menunjukkan pengusaha filem yakin terhadap pasaran dan masa depan filem Malaysia, sungguhpun diketahui banyak risiko, saingan dan cabaran dalam bidang perfileman ini. Dan usaha-usaha ini jelas menuju ke arah kejayaan yang lebih besar.

1 comment:

  1. Baguslah kalau macam itu, nampaknya industri filem semakin mendapat tempat. Namun b3njy harapkan pengarah dapat juga memasukkan unsur2 baik dan bukan semata-mata mengejar keuntungan dan ke popilariti semata-mata.

    P/S: Mohon sokongan untuk menjayakan kempen marilah menderma kepada anak2 yatim dan orang miskin di http://www.benjystanis.co.cc/2011/11/kempen-marilah-menderma-selama-15-hari.html semoga sokongan anda dapat meringankan beban mereka. Terima kasih.

    ReplyDelete