Friday, November 11, 2011

11.11.2011 Parlimen Di bubarkan


Walaupun spekulasi telah bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini bagi membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13, tetapi pelbagai faktor, termasuk jadual rasmi Najib dan Yang di-Pertuan Agong, menunjukkan sebaliknya.

Mengikut kalendar rasmi persidangan kerjasama ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2011 di Hawaii, dari 7-13 November, Najib dijadual memberi ucapan esok, bersama dengan Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Selepas Apec, Najib akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur tahunan keenam di Bali, Indonesia, dari 14 hingga 19 November, di mana beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Faktor-faktor ini, yang memastikan perdana menteri sangat sibuk dan berada di luar negara, tidak memungkinkan spekulasi yang Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa, akan menjadi kenyataan.

Di samping itu, perhimpunan agung tahunan Umno akan berlangsung dari 29 November hingga Disember 3 di mana pemimpin Umno dari semua peringkat akan berkumpul di ibunegara.

Dewan Tertinggi BN juga akan bermesyuarat petang ini

Satu lagi petunjuk ialah Yang di-Pertuan Agong dijadualkan untuk membuat lawatan rasmi sehari ke Melaka hari ini.

2 comments:

  1. Biasalah spekulasi tetap ada ... rasanya parlimen akan dibubarkan selepas mesyuarat tertinggi UMNO .. juga sekadar spekulasi je ...

    ReplyDelete