Friday, October 28, 2011

Umat Islam Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 6 November



Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).


“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 6 November 2011,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment