Monday, September 12, 2011

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh

Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. - Utusan

1 comment: