Monday, August 01, 2011

TAWARAN BIASISWA JPA BAGI SESI 2011/2012

1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2011/ 2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

  • IPTA (Ijazah atau Diploma)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • IPTS (Ijazah)


Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Syarat-syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Jan 2011;
(iii) Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(iv) telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas:
(a) peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
(b) peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).
  • Syarat Khusus
Rujuk SINI

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari Esila atau JPA atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2011 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 7 Ogos 2011(Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011 ini dijangka akan diumumkan pada 23 September 2011 di laman web JPA, eSiLa.
Maklumat

0 Comments:

Post a Comment