Friday, August 26, 2011

Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetap pada 29 Ogos



Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka
  3. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor
  5. Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  7. Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
  8. Di Terengganu, tempat melihat anak bulan Syawal ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
  9. Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan
  10. Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
  11. Kuala Sungai Baru, Perlis
  12. Menara Kuala Lumpur di ibu negara
  13. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya
  14. Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak
  15. Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

1 comment: