Thursday, August 04, 2011

Onani dalam Ramadan, Apakah Hukumnya

Soalan : Saya nak tanye, semalam saya melakukan onani selepas berbuka puasa dan sampai sekarang saya belum mandi wajib. Sah ke puasa saya hari ni, Ustaz sekiranya saya tak mandi sampai buka puasa nanti @ sampai hari yang seterusnya?

Jawapan :
Jika apa yang anda soal ni benar-benar berlaku. Hukumnya seperti berikut :-
1) Anda berdosa yang amat besar kerana anda tidak menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh, jika anda mati tatkala itu, mungkin mati dalam keadaan sangat hina dan terkutuk kerana berada dalam hadas besar serta meninggalkan solat dengan sengaja.

2) Onani juga adalah satu dosa walaupun ia bukanlah satu dosa besar, justeru jika anda tidak mandi sehingga waktu berbuka, dosa memang amat besar kerana ia bermakna anda juga tidak menunaikan solat semua waktu di siang harinya, iaitu Zohor dan Asar. Bertawbatlah.

3) Dari sudut hukum puasa pula, puasa anda adalah sah jika telah berniat untuk berpuasa sebelum menjelang azan subuh, walaupun pahala puasa amat terganggu kerana tidak menunaikan solat.


Sumber : Zaharuddin

0 Comments:

Post a Comment