Saturday, August 27, 2011

MAX 24:7 Bukan Kumpulan Lelaki Gay



MURAI: Sebelum ini pernah dihebohkan bahawa Aesar mahu mencari 10 orang lelaki berwajah jambu, tetapi kenapa ia berubah menjadi 12 orang?
AESAR: Memang pada mulanya saya hanya berhasrat untuk cukupkan 10 orang sahaja tetapi terjadinya 12 adalah atas dasar untuk memeriahkan lagi koreografi saya dalam tarian dan nyanyian mereka. Sambil itu, 2 ahli yang baru juga adalah pilihan saya yang tepat yang mana mereka sendiri mempunyai minat dan usaha yang gigih untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi ini.

MURAI: Aesar pernah meletakkan syarat untuk menjadi ahli kumpulan ini mestilah berwajah jambu tetapi hakikatnya tidak semua memilik wajah jambu. Kenapa?
AESAR: Oh...bagi saya persoalan jambu ini bukanlah terlalu serius..Yang penting ada manisnya dalam senyuman dan personaliti diri. Semasa ujibakat ada yang terlalu jambu tapi tidak memenuhi syarat dari segi komitmen, masa praktis dan masa untuk bersama.dan normal lah dalam setiap kelahiran dan ciptaan itu sangat indah jika kita nilai sedalamnya.

MURAI: Gara-gara gambar tanpa pakaian kumpulan ini tersebar luas diinternet, ahli kumpulan ini dituduh sebagai lelaki songsang. Komen Aesar tentang dakwaan ini?
Aesar: Wah, lelaki songsang ?Astaga, saya akui kesilapan saya dengan gambar-gambar lama itu Bagi saya, ada banyak lagi gambar-gambar artis lain yang lebih seksi dari itu. Tidak semestinya mengambil gambar berbuka baju itu mebuktikan kesongsangan. Jadi, apa jawapan jika ahli bina badan yang hanya memakai seluar dalam? Tapi tak mengapa, saya tidak cepat melatah, biarlah apa orang kata dan hanya tuhan saja yang tahu.



Aesar: MAX 24:7 Bukan Kumpulan Lelaki Songsang

4 comments:

  1. berseri lagi hiburan tanah air kita hehehe

    ReplyDelete
  2. Nzyrahun : berseri dengan artis jambu. haha

    ReplyDelete
  3. Tiru org lain tak salah, cuma gaya tiruan tu biar lah ikut acuan sini... cam pepelik aku tgk...

    yours
    SH

    ReplyDelete
  4. Shahrul Hairy Shaharuddin : betul tu, kena ikut gaya yang di gunakan kat Malaysia lah.

    ReplyDelete