Wednesday, August 24, 2011

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan [Bahagian 1]

Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.




Secara purata seorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Dan pelaburan di pasaran saham pun tidak akan dapat keuntungan seperti itu. Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas, Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas, emas keping, dinar emas atau pun barang kemas.


Kenaikan harga emas tertakluk pada 3 faktor
  1. Penyusustan Nilai Dolar Amerika
Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain Dolar Amerika di sebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang lain selain dolar Amerika (Euro @ mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh di lakukan dengan segera, tetapi berita itu sudah cukup untuk untuk melonjakkan harga emas dunia.


Nantikan Bahagian 2 dan Bahagian 3.

3 comments:

  1. say dah beberapa kali beli emas utk investment jangka pnjang, sebelum kenaikan mendadak sekarang ni,
    alhamdulillah tpi klu tahu dri 10 tahun lepas lagi la untung kan...

    ReplyDelete
  2. mamaNoriz : saya baru je tambah 1 gram dengan Maybank Gold Investment Account.

    ReplyDelete