Wednesday, September 29, 2010

Festival filem gay di Indonesia



Pertubuhan Islam bantah!!!!


JAKARTA 29 Sept. - Berpuluh-puluh anggota pertubuhan Islam mengadakan bantahan terhadap penganjuran sebuah festival filem gay di ibu negara Indonesia ini semalam, memaksa beberapa tayangan dibatalkan.

Festival Filem Q! yang diadakan di pusat-pusat kebudayaan luar negeri di Jakarta itu bermula pada minggu lepas dan dijadualkan berlangsung sehingga malam ini.

Festival yang memasuki edisi ke sembilan itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung isu gay.

Ahli-ahli pertubuhan Pembela Islam Barisan Hadapan yang sesetengahnya memakai penutup muka, jubah putih dan serban melaungkan slogan anti-gay dan berkata filem-filem itu adalah kufur.

0 Comments:

Post a Comment