Thursday, December 18, 2014

Dividen ASB 2014 - Pengagihan Pendapatan 7.50 sen dan Bonus 1 sen [ASB]


ASNB announced income distribution 7.50 cent per unit & bonus of 1 cent per unit for Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Nasional Berhad, ASNB hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.



Monday, December 01, 2014

Permohonan BR1M 2015 Online

Permohonan BR1M 2015 dibuka bermula hari ini 1 Disember 2015. Anda boleh rujuk di bawah untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan serta cara pembayaran BR1M 2015. Jangan lupa untuk memohon atau mengemaskini permohonan anda dengan mengunjungi laman rasmi https://ebr1m.hasil.gov.my



Saturday, November 15, 2014

Jawapan Kuiz Pertama Cabaran iPhone 5s

Soalan kuiz pertama cabaran iPhone 5s“Dan buatlah suatu perumpamaan bagi mereka, yaitu penduduk suatunegeri, ketika utusan-utusan datang kepada mereka; (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata, “Sungguh, Kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu.” Mereka (penduduk negeri) menjawab, “Kamu ini hanyalah manusia seperti kami dan (Allah) Yang Maha Pengasih tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu hanyalah pendusta belaka.” – Surah Yassin ayat 13 – 15.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH banyak negara yang sudah aku jejaki. Kebanyakan pengalaman kembara aku kongsikan dalam catatan khas untuk berkongsi pengalaman. Salah satu tempat yang sempat aku coretkan adalah negeri yang disebut seperti dalam tafsiran di atas. Soalannya.
1.Namakan nama negeri yang disebut dalam tafsir di atas.

Hint : Filed Under: Travelog

2.Berikan tajuk entri yang menyebut nama negeri tersebut.

3. Berikan tajuk entri ashabul khafi yang lain yang pernah Denaihati ziarahi selain daripada yang disebut dalam entri soalan no 2.

Tuesday, November 04, 2014

Plan Celcom First untuk iPhone 6

Celcom iPhone 6 Launch:
Date : 5 November 2014
Place : Blue Cube @ Sunway Pyramid
Time : 6pm (Sales begins at 12am, 6 Nov)

Exclusive Launch Privileges:
  1. Trade in your old iPhone 4 onwards to get the new iPhone 6 at a special price
  2. Enjoy RM600 off the new iPhone 6 for lucky customers
  3. Take home a free gift worth up to RM1000 for early birds



Sunday, November 02, 2014

Blogger buat duit online

Alhamdulillah selepass 2 cabaran; Tiga iPhone 5s untuk dimiliki dan Tugasan kedua Cabaran iPhone5s tersenarai juga untuk 70 peserta akhir Cabaran iPhone5s anjuran Denaihati dan hadiah yang ditaja oleh 25 penaja (Senarai penaja dibawah).

Untuk cabaran terakhir ni 70 peserta akhir diminta untuk membuat satu entri bertajuk "Blogger buat duit online". Jadi saya akan tulis pengalaman saya sebagai blogger buat duit secara online dan selitkan sikit blogger hebat yang buat duit dari pelbagai medium bukan sekadar menulis sahaja.

Blogger buat duit melalui Nuffnang. Semua blogger mesti kenal Nuffnang ni lagi-lagi yang beginner, buat blog mesti daftar dan letak 3 iklan. Saya pun sama juga macam tu, kalau boleh hari-hari nak login nak lihat earning terkini tak pun nak tengok ada dapat Buffered Earning atau sekarang CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaign. Dapat RM0.25 pun dah rasa happy  dan terus nak buat entri berkenaan duit RM0.25 tu.  Kalau rajin boleh jad macam Red Mummy ni Earning Nuffnang close to RM30K, TIGA PULUH RIBU RINGGIT okay dapat beli Viva satu.

CABARAN
Bukan senang lah nak cukupkan jumlah minima untuk Cashout. Nak tunggu pun lama jadi saya pun buat carian di Google untuk dapatkan tips bagaimana nak cari Buffered Eearning @ CPUV, kalau dapat jenis iklan ni earning kita akan bertambah berdasarkan jumlah traffic yang di terima di blog kita. Tu pun kalau ada Syarikat yang nak pilih blog picisan macam ni. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dapat juga lah Cashout dari Nuffang ni, cukup RM50 terus Cashout. Jumlah terkumpul setakat ni RM324.44 (dari tahun 2010 - 2014) dan RM30.18 (current earning)

  1. Tips untuk dapatkan Buffered Earning atau CPUV Campaign 
  2. Tips Nuffnang untuk Beginner 


Jumlah cashout (2010-2104)


Earning dari CPUV Campaign yang masih berjalan

Ni cara lagi satu nak buat duit secara online, saya gunakan ChurpChurp (adik beradik Nuffnang ni). Senang sangat nak buat duit guna ni, setiap kali buat entri yang berkaitan letak lah link iklan dari ChurpChurp (yang penting jangan tipu link tu lah), tak pun guna social media seperti Facebook/Twitter untuk kongsikan link dekat wall korang (sekali sehari untuk kongsikan link). Dekat bawah ni boleh lihat sendiri berapa duit yang dah cashout, dulu rajin lah nak konsikan link masa awal-awal dulu. Sekarang ni dah malas.


Saya juga buat duit dari Denaihati, contest yang mudah nak menang duit. Sekali joined menang, janji buat entri ikut syarat yang Denaihati dah tetapkan lah. Senarai contest yang saya sertai:
  1. Cabaran Duit Raya Aiditfitri 2014 (cabaran) - Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik (entri saya)
  2. Cabaran Facebook - Denaihati Sepanjang 2010-2014 (entri saya)
  3. Buku Denaihati Cara Berkongsi Ilmu (entr saya)
  4. Cabaran #KembaraPalestine - Kembara Palestine dan Sejatah Anbiya (entri saya)
  5. Cabaran Review Aplikasi Denaihati - Review Aplikasi Android Denaihati (entri saya)
  6. Hadiah Tunai Sepanjang 2010 dari Denaihati
Dan pelbagai cabaran dari Denaihati yang telah saya sertai sebagai cara buat duit online. 


Selain dari itu Blogger Buat Duit Online dengan menjual Ebook atau hasil komisen dari Affiliate. Kalau Encik Titan dengan blog beliau Ahmad Faizal dan Earncent. Dan paling hebat nya beliau ni dengan hasil menulis beliau dapat selesaikan hutan PTPTN (Macam mana aku boleh terhabis bayar hutang PTPTN?). Hebat ke tak dia.

Okay dah lah setakat ni, masa untuk study.

Cabaran iPhone 5s anjuaran Denaihati ini telah ditaja oleh :


Penaja Utama

  1. http://amariman.com

Penaja Individu